Polis menahan empat lelaki dan merampas barangan bernilai kira-kira RM9.2 juta dalam empat serbuan membanteras penyeludupan kontraban, bunga api dan hidupan liar di ibu kota dan Perak bermula Rabu lepas.<br /><br />Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Seri Hazani Ghazali berkata serbuan berkenaan dilakukan oleh Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK).